Apa-apa sahaja

Saya baru melawat blog rakan setugas. Dia sangat berkobar-kobar untuk menghasilkan blog seakan laman web. Memang membina laman web tidak sesukar, itu 10 tahun yang lalu, upload kat geocities melalui yahoo.com atau kat free hosting memang mudah, tetapi mengambil masa untuk hosting aktifkan. Tengoklah url kita berada di rank ke berapa di enjin carian yahoo atau firefox,  google atau opera. kenapa blog menjadi kegemaran ramai dan membinanya sangat pantas  dan kita boleh terus mengaktifkannya.  Menghasilkan blog perlu ada daya tahan kesabaran dan yang penting blog itu boleh diakses capaian dengan pantas, ramah pengguna dan berinformasi. Memuatnaik gambar koleksi adalah suatu perkara yang ingin diklakukan oleh setiap blogger. perkara penting ialah reduce saiz foto kepada yang sesuai supaya proses memuatnaik tidak memgambil masa yang lama.

Tambah gadjet di tetingkap tepi kanan atau kiri. Gadget yang boleh dipautkan ke laman-laman penting dan blog /blogroll rakan-rakan. Ada juga yang memasukan shotbox atau shoutrmix untuk memudahkan rakan-rakan atau pengujung meninggalkan pesanan. Ianya sangat bermakna kerana kita akan ketahui apa yang ditulis oleh mereka. Komentar pun sangat penting untuk memberikan perangsang, ada juga komentar yang tidak membina.

Tinggalkan jawapan